Pages

Monday 4 February 2013

Kehidupan Saya di IIUM (UIA)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....
Apa khabar semua? Maaflah kalau saya ni sudah lama tidak berbicara dan meng'update'kan blog ni....almaklumlah, saya sekarang ni tengah sibuk belajar di CFS IIUM, Petaling Jaya. Jadi, saya tidak ada masa untuk meng'update' blog ni..hihihhi...maaf
Setakat ni Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...walaupun masa semester 1 dulu (bulan Jun-Nov) gred saya taklah setinggi mana...*cough2.33cough*...
Kenapa?
Hmm....senang cerita saya ada masalah..bukan masalah yang teruk2, tapi masalah saya dengan subjek Biologi...ntah kenapa saya dari dulu lagi (waktu SPM) tak boleh nak score subjek ni....tapi saya redha jela, dan Alhamdulillah, nasib baik sebab atas urat jer...hehehe
Kemudian masuk pula semester 2, ataupun semester pendek. Masa ni saya belajar subjek Kimia dan alangkah gembiranya saya masa tu sebab Kimia adalah antara subjek yang saya suka sangat....setelah 2 bulan belajar, Alhamdulillah saya dapat pointer tinggi....bukan 4 flat...tapi 3.67, sikit lagi jer nak dekat 4 flat...tapi tak mengapalah, mungkin itulah setakat yang saya mampu buat...jadi keseluruhan CGPA untuk kedua-dua sem ni, jumlahnya 3.00....agak sedih jugak tengok kawan2 lain dapat 4 flat untuk CGPA diorang tapi saya bersyukur sangat sebab pointer lulus untuk program ALLHS (Sains Kesihatan Bersekutu; Allied Health Sciences) adalah 2.50...
Dan sekarang tibalah semester 3 (bulan Jan-Mei), dimana saya belajar subjek Fizik, Matematik dan BTQ (Basic Themes of Al-Qur'an)....jap, subjek BTQ tu apa eh?
Haa...subjek BTQ samalah dengan nama Inggerisnya, iaitu kita belajar lebih mendalam tentang kita suci Islam,Al-Qur'an. Subjek ni subjek wajib bagi pelajar2 UIAM (tak tahu la kalau universiti lain belajar ke tak..) dan subjek ni dikira dalam pointer kita...so,saya kenalah sekurang-kurangnya lulus untuk tidak mengulangi subjek ini ke sem hadapan...untuk subjek lain2, Insya-Allah, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan pointer yang tinggi....jadi tolonglah berdoa untuk saya sekali ye..terima kasih! ^^
Oklah, disini saja coretan saya kali ini, harap kita berjumpa lagi.....(macam buat karangan jer ayat ni....hahahaha)