Pages

Tuesday 10 May 2016

Saya masih di sini (dan berita gembira!)

Assalamualaikum pembuka bicara.

Sudah lama tidakku menyinggah ke blog diri sendiri. Alahai, minta maaf blogku dan semua yang membaca blogku sebelum ini. Bila dilihat, wow! Sudah 2 tahun rupanya tak menyinggah... *crocodile tears*

Selama 'gap' dua tahun, banyak yg saya pelajari, fahami dan rasai. Kepada yg masih tak tahu dimanakah saya, saya sekarang pelajar Jurusan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa, sebuah jurusan yg baru terbentuk 2 tahun lepas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Walaupun belajar di universiti Islam, saya mohon agar tak ada yg berpendapat negatif terhadap saya. Tak bermakna saya belajar di situ, saya menjadi "ustazah" seperti yg sering diperkatakan oleh mak-mak saudara saya... *sweatdrop* Saya hanyalah insan biasa, tidak lebih, tidak kurang.

Sebagai salah seorang pelajar jurusan yg baharu ini, banyak cabaran yg perlu ditempuhi. Memang saya banyak bersabar dalam jurusan ini. Pada mulanya, ramai yg tak tahu tentang kewujudan jurusan ni, sebagai contoh:

Rakan A: "Najwa, ambik course apa?"
Saya: "Ambik course Bahasa Melayu..."
Rakan A: "Eh, UIA ada ke course ni?"

Pada mulanya memang nak menangis...tapi lama-lama, dah menjadi kebiasaan. Banyak usaha dibuat bagi pelajar-pelajar UIAM kenal dengan jurusan ni dan Alhamdulillah, sekarang majoriti dah tahu apa jurusan ni, tapi....masalahnya, apabila ditanya, "Grad nanti, jadi apa? Cikgu ke?". Hmm, agar sukar menjawab bila ditanya pertama kali, tapi sekarang lebih banyak jawapan yg saya dapat berikan. Antaranya, dalam jurusan ni, bukan saja boleh jadi cikgu atau pensyarah, malah boleh juga jadi Menteri@Pegawai di Kedutaan, editor, penulis, pembaca berita, pengacara dan sebagainya. Jurusan ni lebih kepada aspek komunikasi, selain belajar Bahasa Melayu yg tahapnya lebih tinggi daripada apa yg diajar di sekolah. Jadi, skop pekerjaan untuk jurusan ni lebih luas.

Dari segi pembelajaran, kelebihannya jadual setiap semester boleh dikatakan tidaklah 'pack' (betul ke?), tapi, lebih kepada pembentangan individu dan berkumpulan serta penulisan kertas kerja ('assignment' bagi yg tak pasti...) sama ada secara individu atau berkumpulan, bergantung kepada pensyarah yg mengajar. Saya ulangi, SETIAP SEMESTER. Bunyi macam menggerunkan, tapi kalau pandai membahagikan masa, memang tak menjadi masalah. (P/S: tapi agak bermasalah bila perlu bekerja secara berkumpulan, agak 'tension' jugakla bila ahli kumpulan tak sama jadual dengan kita dan tinggal jauh dari asrama kita, tambah bila diorang selalu aktif dlm aktiviti. Aduhai...)

Selama 2 tahun 2 semester ni, Alhamdulillah tak berlaku insiden yg besar, termasuklah kerja-kerja berkumpulan (walaupun agak menyampah kekadang tu...) dan pointer...ehem, *coughtigapointlebihcough*, berkat usaha sendiri, rakan kumpulan, dan doa dari ibu bapa.

Oh, ya, sebelum lupa...*tengok tajuk* Berita gembira...Nyuruhuhuhuhu~

Alhamdulillah, saya dapat ditawarkan untuk belajar di negara matahari terbit, iaitu Jepun (lebih spesifik, Kansai)!!!! Yaaaaaay...tepuk tanganla sikit....walaupun sebenarnya saya sendiri yg pilih...hehehehe....

Saya ditawarkan di bawah Program Pertukaran Pelajar (Student Exchange Program) selama 5 bulan (satu semester) di Universiti Kansai, Jepun. Sekarang saya dalam proses untuk pengisian borang-borang yg mereka emelkan kepada saya, dan juga dalam proses usaha untuk mencari 'sponsorship' untuk ke sana dan hidup di sana. Walaupun mereka ada menawarkan bantuan pengajian, tapi saya rasa, lebih baik saya mencari dan memohon 'sponsor'. Mana tahu, bila tertunggu-tunggu bantuan dari mereka, silap-silap tak dapat....kang meraung nanti...

Insya Allah, saya akan ke Jepun pada awal September tahun ini (sesi musim luruh/sejuk 2016). Saya tulis ni, bukan nak minta sedekah dari pembaca blog saya ni (kalau ada yg sudi membantu, saya terima dengan tangan yg terbuka...hehe...), tapi sekurang-kurangnya doakanlah untuk saya berjaya memperolehi 'sponsor' yg boleh menolong saya selama saya belajar di sana. Saya ucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada yg sudi mendoakan dan (mungkin) membantu saya.

Apa-apa khabar berita, saya akan kongsikan dalam blog ini.

Sekian, sehingga kita berjumpa lagi!

さようなら!またね。。。