Pages

Wednesday 29 June 2016

Before Going to Japan...I HAVE A TEST??? | Road to Exchange Programme to Kansai University

Assalamualaikum.

Heya! ...er...patut kah? Bulan puasa ni...

Title sikit punya English...tapi taip dalam bahasa Melayu...apakah?

....Sekiranya pembaca saya ingin saya taip dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu, sila komen di bawah. Terima kasih.

....If my readers want me to post in English, please comment below. Thank you.

....or....type in Malay then type them in English for my post? Do comment below as well. Thank you.

But for now, let me post this in Malay language.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, minggu lepas ada dapat sijil untuk pergi buat visa ke Jepun dari Universiti Kansai. Pagi tadi pun selesai jumpa tokwan, syukur tokwan dapat tolong jugak dalam persiapan kewangan nak pegi sana. #rayanikenapegiawal...

Esoknya pula cadang nak pegi Perbadanan Biasiswa Kedah utk bagitau pasal ni, kemudian ke Yayasan Kedah dan Zakat Kedah utk minta dana tambahan. Setakat ni, Alhamdulillah persiapan ke Jepun berjalan lancar.

Usai sudah berbuka puasa hari ni, terdetik nak buka emel. Alangkah terkejutnya kudapat emel dari Kansai dan lagi terkejut bila tengok kena buat peperiksaan penilaian bahasa Jepun. Sudah! Dahla bahasa Jepun tu baru lepas tahap tadika, tetiba ada peperiksaan pulak. Huhu....hati dah jadi gundah gulana.

Dalam laman web peperiksaan tu, ada mereka letak contoh soalan. Dengan keadaan tidak bersedia, ku menjawab contoh soalan tu. Sekali nah, ambik kau! Tak faham langsung kanji yang ditulis. Dalam hati, menangis sudah macam mana nak jawab. Tapi nasib baiklah ada sebulan untuk belajar kembali dan menjawab peperiksaan tu melalui online. Diharapnya boleh la menjawab soalan yang diberi...huhu

p/s: nasib baik tak meroyan....alahai....

Baiklah, setakat sini dulu coretan hari ni. Selepas ini akan ada sambungan coretanku dalam penyediaan untuk ke Jepun. Sekiranya berminat atau ada pertanyaan, jangan malu jangan segan, silalah ikuti dan komen di bawah ye~

Sekian. Sehingga berjumpa lagi.

No comments: