Pages

Wednesday 18 January 2012

Teman Sejati

Seorang bijak pandai ada berpesan kepada anak lelakinya,


"Wahai anakku, sekiranya anda berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti yang berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia juga melindungi kamu,
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu,
  • Jika engkau memerlukan pertolongannya, dia akan membantu kamu,
  • Jika engkau menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik,
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikan kamu,
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dai akan menutupnya,
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya,
  • Jika engkau berdiam diri kerana malu untuk meminta, dia akan menanyakan kesusahan kamu,
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu,
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu,
  • Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu,
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan,
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang kamu melakukan perkara buruk dan maksiat,
  • Dia mendorongmu untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat."

No comments: