Pages

Wednesday 30 May 2012

CFS IIUM, here I come!!!!! :D

Assalamualaikum semua~ pe khabar? Sihat?? Saya di sini sihat jew....hehehe...
Anyway, dlm post sebelum ni saya ada bagitau pasal pengajian saya selepas ni...well, setelah sekian lama membeli belah barang-barang keperluan, akhirnya siap juga kemas semuanya...(dgn bantuan mak skali)
So, hari Jumaat ni nak bertolak ke KL dulu, tido di rumah abang yg ada kat Bangi baru bertolak gi Petaling Jaya utk pendaftaran di UIAM...rasa teruja sesangat nak duduk belajar kat sana~ (ノ◕ヮ◕)ノ:・゚✧



Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ataupun dikenali sebagai Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFS IIUM) ini terletak di Petaling Jaya, Selangor. Di sinilah bermulanya langkah pertama saya utk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) dalam jurusan Sains Kesihatan Bersekutu.

Ape tu Sains Kesihatan Bersekutu?? Haa...pd mulanye, saya pun x tau...tp selepas bertanya kpd abang saya (yg dulunya belajar di UIA), senior-senoir UIA (melalui facebook) dan mencari di Google, termasuklah melayari laman web utama UIA, akhirnya...saya x faham apa yg dimaksudkan tu...maaflah... (_ _lll

Maksud Sains Kesihatan Bersekutu:


Profesion kesihatan bersekutu adalah profesion penjagaan kesihatan yang berlainan daripada pergigian, kejururawatan, perubatan, podiatri dan farmasiSeseorang menganggarkan golongan profesional kesihatan bersekutu dilaporkan membentuk 60 peratus daripada jumlah tenaga kerja kesihatan. Mereka bekerja dalam pasukan penjagaan kesihatan untuk membuat fungsi sistem penjagaan kesihatan dengan menyediakan pelbagai diagnostik, teknikal, pesakit rawatan terapeutik dan secara langsung dan perkhidmatan sokongan yang kritikal kepada profesional kesihatan yang lain yang bekerja dengan mereka dan pesakit mereka berkhidmat.~sumber Wikipedia, yg diterjemahkan oleh Google Translate~
Apa pun, itulah jurusan yg saya ambil dan berkemungkinan saya akan tukar kepada jurusan Farmasi (jikalau terdapat kekosongan dan keputusan SPM saya menepati kehendak syarat am jurusan tersebut), dgn izin Allah...kalau x blh pun, saya redha je....

Hmmm...rasanya setakat ni sajalah coretan saya utk kali ni.....maklumlah, saya belum merasai minggu orientasi yg dipanggil Taaruf Week.....dan lalui kehidupan semasa berada di asrama (Mahallah)...jadi utk post yg seterusnya, saya akn bercerita saat saya mengharungi minggu Taaruf tu...

Sehingga bertemu lagi....

~Kurosaki Najwa~


1 comment:

Unknown said...

salam nak tnya brapa lama ye duration asasi ni kat uia?